~> Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
~> Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
~> Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya
~> Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu
~> Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu
~> Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu
~> Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu
~> Yang indah hanya sementara
~> Yang abadi adalah kenangan
~> Yang ikhlas hanya dari hati
~> Yang tulus hanya dari sanubari
~> Tidak mudah mencari yang telah hilang
~> Tidak mudah mengejar impian
~> Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada
~> Kerana walaupun digenggam terlepas juga
~> Ingatlah kata pepatah: “Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini”
~> Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif
~> Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya akan sirna tak berbekas
~> Rumah mewah, harta benda, kedudukan, jawatan, namun ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak dapat dibawa, sehelai benang pun tak mampu dimiliki
~> Apalagi yang mahu diperebutkan
~> Apalagi yang mahu disombongkan
~> Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
~> Jangan terlalu berhitung
~> Jangan hanya mahu menang sendiri
~> Jangan suka menyakiti sesama, apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
~> Belajarlah tiada hari tanpa kasih
~> Selalu berlapang dada dan mengalah
~> Hidup sentiasa ceria dan bebas
~> Tak ada yang tak dapat di ikhlaskan
~> Tak ada sakit hati yang tak mampu dimaafkan
~> Tak ada dendam yang tak mampu dihapuskan
""Maafkan masa lalumu..
Tawakkalkan Masa depan mu..
Nikmati saat ini..
Memang memaafkan takkan mengubah masa lalu mu..
tetapi ia dapat memperindahkan hari ini..esok…esok..& esok..""